Puisi Buah Rindu 1 Amir Hamzah
Puisi Buah Rindu Amir Hamzah. Berikut puisi Buah Rindu Amir Hamzah: BUAH RINDU 1 Dikau sambur limbur pada senja dikau alkamar purnama raya
Penulis: Ardianti WS | Editor: galih permadi
TRIBUNJATENG.COM- Puisi Buah Rindu Amir Hamzah.
Berikut puisi Buah Rindu Amir Hamzah:
BUAH RINDU 1
Dikau sambur limbur pada senja
dikau alkamar purnama raya
asalkan kanda bergurau senda
dengan adinda tajuk mahkota.
Dituan rama-rama melayang
didinda dendang sayang
asalkan kandaa selang-menyelang
melihat adinda kekasih abang.
Ibu, seruku ini laksana pemburu
memikat perkutut di pohon ru
sepantun swara laguan rindu
menangisi kelana berhati mutu.
Kelana jauh duduk merantau
di balik gunung dewala hijau
di Seberang laut cermin silau
Tanah Jawa mahkota pulau...
Buah kenanganku entah ke mana
lalu mengembara ke sini sana
haram berkata sepatah jua
ia lalu meninggalkan beta.
ibu, lihatlah anakmu muda belia
setiap waktu sepanjang masa
duduk termenung berhati duka
laksana Asmara kehilangan seroja.
Bonda waktu tuan melahirkan beta
pada subuh kembang cempaka
adakah ibu menaruh sangka
bahawa begini peminta anakda?
Wah kalau begini naga-naganya
kayu basah dimakan api
aduh kalau begini laku rupanya
tentulah badan lekaslah fani.
Kades Abdul Azis Anwar Kembali Viral, Gelar Khitanan Mewah di Lorong 150 Meter Gang Kampung |
![]() |
---|
Alun-alun Batang Dipercantik, Fokus Area Sekitar Pohon Beringin |
![]() |
---|
Gerindra Batal Penuhi Permintaan MPB, Irianto Tetap Anggota Pansus Hak Angket DPRD Pati |
![]() |
---|
Ridwan Kamil Murka, Tolak Berdamai dengan Lisa Mariana: Harus Ada Efek Jera |
![]() |
---|
Pemkab Jepara Minta Petugas SPPG Menjaga Kualitas Menu Makanan |
![]() |
---|
Isi komentar sepenuhnya adalah tanggung jawab pengguna dan diatur dalam UU ITE.