Wonosobo Hebat
Selamat Datang di Superhub Pemkab Wonosobo

HARU! Inilah Pengorbanan Siti Nurhaliza Selama 11 Tahun Sebelum Hamil, Warganet Trenyuh

Tetapi siapa sangka, ada pengorbanan berat di balik keinginan Siti Nurhaliza untuk hamil anak pertamanya

Editor: bakti buwono budiasto
Tribunnews/Jeprima
Penyanyi asal Malaysia, Siti Nurhaliza yang kini disapa Dato' Siti Nurhaliza meluncurkan album solo terbarunya yang berjudul Fragmen, di Artotel, Sarinah, Jakarta Pusat, Selasa (21/10/2014). Album ini berisikan 9 buah lagu yang di dalamnya bercerita tentang perjalanan karir dan kehidupan seorang Siti Nurhaliza. (Tribunnews/Jeprima) 

Berikut postingan lengkap manajer:

"Sebelum @ctdk berkahwin, kami merancang untuk bercuti 'pantang' bersama-sama. Maklum saja, kami sering bekerja bersama dan bercadang untuk bercuti pantang juga bersama. Memang agak lucu tetapi begitulah perancangan kami.
Bulan demi bulan, tahun demi tahun, belum ada rezeki beliau untuk dikurniakan cahayamata dan anak bongsu saya juga kini sudah berusia 10 tahun. Saya ringkaskan cerita panjang @ctdk, beritahulah apa saja cara, namakan petua dan rawatan, sebut saja kaedahnya, beliau terus mencuba, ya, tanpa henti.
Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan mengalami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan, mungkin anda boleh 'google' jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum.
Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya, malah beliau aktif beriadah, senaman dan menjaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa yang sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan akan bertambah.
Beliau berkorban jika ada acara besar seperti konsert, mengenepikan rawatan dan kembali melangsingkan badan untuk lebih 'presentable' di atas pentas. Kemudian beliau mencuba lagi, lalu kembali fokus kepada acara besar dan meninggalkan sebulan dua rawatan. Begitulah rutin beliau selama 11 tahun ini.
Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak mengatur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang di dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa.
Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahayamata dan zuriat. Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan. Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahayamata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang Allah uji kita ada hikmahnya.," tulis sang manajer sembari mengunggah perkembangan kehamilan Siti Nurhaliza.

Postingannya itu pun lantas dibanjiri komentar netizen.

cahayanoer.nc: "Alhamdulillah ,..selamat kak @ctdk sayang ,semoga sehat terus & dikaruniai anak sholeh sholehah ... Aamiin."

coway.for.you: "Betul.sabar itu indah."

fifi_rasyid: "masyaAllaah, terharu." (*)

Sumber: Tribun Solo
Berita Terkait
Ikuti kami di
AA

Berita Terkini

© 2025 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved