ILMU LANGKA! Mbah Harun Sang Pemanggil Ikan di Laut, Mampu Dengar Suara Ikan dari 500 Meter
Kebanyakan nelayan modern menggunakan alat radar ikan atau sonar sebelum memutuskan untuk melepaskan pukat
TRIBUNJATENG.COM - Kebanyakan nelayan modern menggunakan alat radar ikan atau sonar sebelum memutuskan untuk melepaskan pukat mereka ke dalam kumpulan ikan itu.
Namun berbeda pula dengan seorang pria berusia 72 tahun ini apabila, dia hanya menggunakan telinganya untuk memanggil ikan terutama ikan gelama.
Adalah Harun Mohammad anak jati Kampung Gong Batu, di sini, yang begitu minat dengan air mampu mendengar ‘lagu-lagu ikan’ hanya menggunakan panggilan itu sebagai anugerah ALLAH SWT walaupun di usia emas.
Menceritakan minatnya kepada laut sejak kecil, dia sanggup bersekolah semata-mata mau menyelam untuk melihat ikan.
“Pak cik suka main air (laut) sejak kecil sehinggakan selalu ponteng sekolah, dari situ pak cik belajar mengenali suara-suara ikan.
“Bukan mudah untuk belajar mendengar suara ikan tambahan sekarang banyak bot yang menggunakan mesin sehingga menyukarkan orang baru untuk betul-betul dengar suara ikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Batu.
Harun melihat perahu miliknya ketika waktu luang untuk melepaskan rindu turun ke laut.
Mudah tentukan kedudukan ikan
Menggambarkan suara ikan itu, Harun mengaku telah mempelajarinya secara ototidak untuk mengamati suara itu.
Bunyi yang didengari bukan jelas seperti bunyi ayam, burung dan sebagainya, tetapi unik dan sukar dimengerti manusia.
Bagaimanapun, Harun yang merupakan seorang nelayan ikan gelama berkata, selain dapat mendengar suara ikan dengan cara menyelam sambil tangan berpaut pada perahu, dia juga dapat menentukan dengan tepat kedudukan kumpulan ikan itu berada berserta jarak sekali.
“Biasanya pak cik akan ke laut bersama tujuh rakan lain menaiki tiga bot, sebuah bot pak cik guna untuk menuju ke sesuatu lokasi bagi mengesan kumpulan ikan. Bot lain pula akan tunggu jauh dari tempat pak cik menyelam supaya bunyi mesin perahu tidak mengganggu pakcik mengesan kumpulan ikan yang biasanya diketuai ikan gelama."
“Bila dengar suara ikan gelama, pak cik akan angkat bendera sebagai isyarat kepada dua perahu lagi untuk mengikuti perahu pakcik sebelum melabuhkan pukat. Ikan gelama ini seolah-olah ibu atau raja ikan karena jika ada gelama, ikan-ikan lain akan ikut sekali tetapi gelama agak liar untuk ditangkap berbanding ikan lain,” katanya.
Harun berkata, suara ikan gelama dia bisa mendengarnya dalam keadaan sunyi walaupun dalam jarak lebih 500 meter.
Dia akan menyelam beberapa kali untuk mencari suara ikan itu sehingga betul-betul tiba di lokasi ikan itu berkumpul.
“Ikan ini (gelama) suka bermain di dasar laut, tapi pak cik dapat dengar suara mereka (ikan). Kalau banyak dan berukuran besar, suara itu akan lebih kuat.
“Kadang-kadang macam-macam bunyi suara kita boleh dengar seperti deruan angin, enjin bot dan sebagainya, tetapi disebabkan pak cik nelayan ikan gelama, suara kumpulan ikan lain pak cik tak ambil kisah sangat. Kebanyakan ikan ada mengeluarkan suara tersendiri, mungkin dari pernafasan mereka. Begitu hebat ciptaan ALLAH SWT ini,” katanya.
Namun kini, Harun tidak lagi ke laut akibat sakit. Bapak 10 anak itu mengaku saat ini dia sedang mengajar seorang anak muda yang bernama Bakar untuk mengenali suara ikan.
Namun tidak sehebat Harun yang dapat menentukan suara, jenis dan jarak ikan gelama di dasar laut.
Harun hanya perlu menyelam sekitar dua hingga tiga menit untuk mengetahui kedudukan kumpulan ikan.
“Nak belajar boleh, tapi kena belajar dengan ikan. Tak ada ilmu ini dalam buku, kena buat amali iaitu amal selalu,” katanya datuk 30 cucu ini.
Bakat dimilikinya itu kemungkinan besar satu-satunya yang ada di dalam negara yang masih aktif sebagai nelayan.
Ditanya kenapa memilih ikan gelama sehingga digelar nelayan ikan gelama, Harun berkata, disebabkan harga ikan itu agak tinggi, dia lebih suka memburu kumpulan ikan itu.
Bagaimanapun, kali terakhir Harun ke laut pada September tahun ini dan sekarang dia kurang sihat kerana mengalami asma dan diabetes. Inilah videonya. (sinar harian)
:quality(30):format(webp):focal(0.5x0.5:0.5x0.5)/jateng/foto/bank/originals/harun-pemanggil-ikan_20171218_135704.jpg)