Kamis, 28 Mei 2026
Wonosobo Hebat
Selamat Datang di Superhub Pemkab Wonosobo

ILMU LANGKA! Mbah Harun Sang Pemanggil Ikan di Laut, Mampu Dengar Suara Ikan dari 500 Meter

Kebanyakan nelayan modern menggunakan alat radar ikan atau sonar sebelum memutuskan untuk melepaskan pukat

Tayang:
sinarharian

“Kadang-kadang macam-macam bunyi suara kita boleh dengar seperti deruan angin, enjin bot dan sebagainya, tetapi disebabkan pak cik nelayan ikan gelama, suara kumpulan ikan lain pak cik tak ambil kisah sangat. Kebanyakan ikan ada mengeluarkan suara tersendiri, mungkin dari pernafasan mereka. Begitu hebat ciptaan ALLAH SWT ini,” katanya.

Namun kini, Harun tidak lagi ke laut akibat sakit. Bapak 10 anak itu mengaku saat ini dia sedang mengajar seorang anak muda yang bernama Bakar untuk mengenali suara ikan.

Namun tidak sehebat Harun yang dapat menentukan suara, jenis dan jarak ikan gelama di dasar laut.

Harun hanya perlu menyelam sekitar dua hingga tiga menit untuk mengetahui kedudukan kumpulan ikan.

“Nak belajar boleh, tapi kena belajar dengan ikan. Tak ada ilmu ini dalam buku, kena buat amali iaitu amal selalu,” katanya datuk 30 cucu ini.

Bakat dimilikinya itu kemungkinan besar satu-satunya yang ada di dalam negara yang masih aktif sebagai nelayan.

Ditanya kenapa memilih ikan gelama sehingga digelar nelayan ikan gelama, Harun berkata, disebabkan harga ikan itu agak tinggi, dia lebih suka memburu kumpulan ikan itu.

Bagaimanapun, kali terakhir Harun ke laut pada September tahun ini dan sekarang dia kurang sihat kerana mengalami asma dan diabetes. Inilah videonya. (sinar harian)

Halaman 2/2
Ikuti kami di

Komentar

Berita Terkini

© 2026 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved