Puisi dalam Matamu Amir Hamzah
Puisi Dalam Matamu Amir Hamzah. Berikut puisi Amir Hamzah: DALAM MATAMU Tanahku sayang berhamparkan daun bersinar cahaya lemah gemilang
Penulis: Ardianti WS | Editor: galih permadi
TRIBUNJATENG.COM- Puisi Dalam Matamu Amir Hamzah.
Berikut puisi Amir Hamzah:
DALAM MATAMU
Tanahku sayang berhamparkan daun
bersinar cahaya lemah gemilang
dari jauh datang mengalun
suara menderu selang-menyelang
Renggang rapat berpegang jari
kita mendaki bukit tanahmu
dinda berkhabar bijak berperi
kelu kanda kerana katamu.
Berhenti kita sejurus lalu
berdekatan duduk sentosa semata
hatiku sendu merindu chumbu
kesuma sekaki abang kelana.
Hilang himpau air terjun
bunga rimba bertudung lingkup
kanda memangku sekar suhun
lampai permai mata tertutup.
Remuk redam duka di dada
di hanyutkan arus dewa bahagia
menjelma kanda di bibir kesumba
rasa menginyam madu swarga.
Dalam matamu tenang sentosa
kanda memungut bunga percaya
japamantera di kala duka
pelerai rindu di malam cuaca.
Dalam matamu jernih bersih
kanda kumpulkan mutiara cinta
akan tajuk mahkota kasih
kanda sembahkan kepada bonda.
| Gempa Terkini Senin 3 November 2025 Malam Ini, Baru Terjadi, Info Lengkap BMKG Klik di Sini |
|
|---|
| Ayah dan Adiknya Juga Meninggal, Korban Ledakan Tabung Gas di Rumah Kos Pekalongan |
|
|---|
| 144 Peserta BLK Pekalongan Ikuti Uji Kompetensi Nasional BNSP |
|
|---|
| Duka Warga Boja Kendal: Ibu Tewas Membusuk, Kakak Beradik Nyaris Sebulan Cuma Minum Air Putih |
|
|---|
| Dua Pegawai BUMN Kota Tegal Kongkalikong Palsukan Dokumen Kredit Rp500 Juta |
|
|---|
:quality(30):format(webp):focal(0.5x0.5:0.5x0.5)/jateng/foto/bank/originals/amir-hamzah.jpg)