Wonosobo Hebat
Selamat Datang di Superhub Pemkab Wonosobo

Puisi Hang Tuah Amir Hamzah

Puisi Hang Tuah Amir Hamzah. Berikut puisi Amir Hamzah: HANG TUAH Bayu berpuput alun digulung banyu direbut buih dibubung

Penulis: Ardianti WS | Editor: galih permadi
WIKIPEDIA
amir hamzah 

TRIBUNJATENG.COM- Puisi Hang Tuah Amir Hamzah.

Berikut puisi Amir Hamzah:

HANG TUAH

Bayu berpuput alun digulung
banyu direbut buih dibubung

Selat Melaka ombaknya memecah
pukul-memukul belah membelah

Bahtera ditepuk buritan dilanda
penjajab dihanatuk haluan ditunda

Chamar terbang riuh suara
alkamar hilang menyelam segera.

Armada Peringgi lari bersusun
Melaka negeri hendak diruntun.

Galyas dan pusta tinggi dan kukuh
pantas dan angkara ranggi dan angkuh

Melaka! laksana kehilangan bapa
randa! sibuk mencari cendera mata!

"Hang Tuah ! Hang Tuah! di mana dia
panggilkan aku kesuma perwira!"

Tuanku, sultan Melaka, Maharaja Bintan!
dengarkan kata bentara kanan.

"Tun Tuah, di Majapahit nama termashur
badanya sakit rasakan hancur!"

Wah, alahlah rupanya negara Melaka
kerana laksamana ditimpa mara.

Tetapi engkau wahai kasturi
kujadikan suluh, mampukah diri?

Halaman
123
Sumber: Tribun Jateng
Berita Terkait
Ikuti kami di
AA

Berita Terkini

© 2025 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved